Selamat Datang...

Kampung Parit Tengah, Batu 18 Ayer Hitam, 84060 Muar, Johor

Penilaian ADS1M Peringkat Kebangsaan

Kampung Parit Tengah telah mewakili Negeri Johor dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 24 November 2015.

Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa

Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.

Kumpulan Zapin Kencanasari pewaris Zapin Mapom

Kumpulan Zapin Kencana Sari dianggotai seramai 7 orang pemuzik dan seorang penyanyi. Selain irama zapin, kumpulan ini juga memainkan irama asli, melayu dan joget mahu pun inang.

Tanaman kelapa sawit, sumber ekonomi utama

Kawasan tanaman kelapa sawit merupakan kawasan tanaman terbesar di Kampung Parit Tengah dan menjadi sumber ekonomi yang utama bagi penduduk kampung.

"Tempe Crunchy", produk IKS Noor Azmi Food Enterprise

Tempe Crunchy atau kerepek tempe merupakan produk yang kian mendapat sambutan di pasaran hasil keluaran Syarikat Noor Azmi Food Enterprise.

Jenama INSPIRE kian mendapat sambutan

Inspire Clothing merupakan syarikat milik anak muda tempatan iaitu Muhammad Aminurhafiz dan juga Mohd Hanif yang menghasilkan produk jenama mereka sendiri dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai medium utama pemasaran mereka.

Sunday 13 December 2015

Lawatan Panel-Panel Program Desa Lestari

Tarikh: 9/12/2015
Tempat: Bilik Gerakan JKKK Kg Parit Tengah






Temuduga Program Desa Lestari Abad Ke-21

Tarikh: 8/12/2015
Tempat: Nusajaya

Sesi temuduga dan penilaian bagi pelaksanaan Program Desa Lestari-Desa Abad ke-21 untuk tahun 2016. Alhamdulillah berjalan lancar dan kita berjaya dan terpilih untuk dilawati pada 9/12/2015





Saturday 28 November 2015

Taklimat Panel Pertandingan COMBI


Tarikh: 28/11/2015
Tempat: Bilik Gerakan Kg Parit Tengah




Program "Bro... Yok Ngeteh"


Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Dataran Pasar Malam Kg Parit Tengah







Perkampungan Pencak Silat Negeri Johor


Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Padang Awam Kg Parit Tengah







Himpunan Gerabak Dan Vespa

Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Dataran Pasar Malam Kg Parit Tengah
Anjuran: JKKK Kg Parit Tengah  & Mukim Air Hitam









Autoshow Motorsikal Dan Basikal


Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Perkarangan Bilik Gerakan Kg Parit Tengah
Anjuran: JKKK Kg Parit Tengah & Persatuan Belia Restu







Majlis Berkhatan Di Klinik Desa Kg Parit Tengah

Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Klinik Desa Kg Parit Tengah



Penilaian ADS1M 2015 Peringkat Kebangsaan


Tarikh: 24/11/2015
Tempat: Bilik Gerakan Kampung Parit Tengah

Setelah sebulan membuat persiapan untuk pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia peringkat kebangsaan, akhirnya hari yang telah ditunggu telah tiba. Segala perancangan yang telah diatur oleh JKKK dan juga penduduk kampung akan di nilai oleh para panel ADS1M. Hari yang penuh warna-warni dan merupakan hari yang penuh bersejarah kepada penduduk kampung yang julung kalinya layak ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Tanpa kerjasama anda, kita tidak akan berada di tahap setinggi ini.


Majlis penilaian dimulakan dengan perarakkan masuk ahli panel yang disamput dengan kumpulan gerabak, motorsikal dan juga basikal










Seterusnya, para panel masuk ke balai pentas utama meyaksikan persembahan dari kumpulan koir Kampung Parit Tengah dan juga Kumpulan Zapin Kencana Sari.







Setelah selesai persembahan, para panel masuk ke bilik gerakan untuk sesi pembentangan dokumen 7 aspek dan juga lawatan ke lokasi terpilih.




Setelah selesai sesi penilaian dan juga lawatan, para panel telah dibawa untuk menjamu selera yang telah disediakan oleh JKKK sambil menikmati persembahan Kumpulan Kentrong Ulu Semerah.





Secara keseluruhannya, Majlis Penilaian ADS1M 2015 peringkat kebangsaan ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah diteteapkan. JKKK Kampung Parit Tengah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap Kampung Parit Tengah mencapai kejayaan. Amin....