SEJARAH KAMPUNG


 
Kampung Parit Tengah terletak di tengah-tengah menjadi sempadan di antara Daerah Muar dan Daerah Batu Pahat, jarak daripada Bandar Muar sejauh 24 batu dan 22 batu daripada Bandar Batu Pahat. Kampung ini mula diteroka pada tahun 1942 di bawah pentadbiran Ketua Kampung Allahyarham Tuan Haji Sahib Bin Abdul Salam sebagai Ketua Kampung Sarang Buaya di mukim Sungai Balang dan pada tahun 1947 persempadanan mukim semula dilakukan, dan Kampung Parit Tengah terletak di bawah pentadbiran mukim Ayer Hitam.
 
Pada tahun 1949, maka wujudlah ketua kampung Parit Tengah pertama iaitu Allahyarham Encik Ahmad Bin Haji Taib.
 
  • Allahyarham Encik Ahmad Bin Haji Taib (1949-1970)
  • Allahyarham Encik Idris Bin Haji Omar (1971-1995)
  • Allahyarham Encik Tasron Bin Kadis (1995-2005)
  • Tuan Haji Sarman Bin Haji Othman (2006-kini)
 
Inilah sejarah Kampung Parit Tengah yang mana penduduknya 100% adalah keturunan melayu dan 99% berbangsa jawa. Kebanyakkan penduduknya bekerja sebagai pekebun kelapa sawit dan tanaman nanas sebagai sumber utama pendapatan penduduk di Kampung Parit Tengah. Semoga Kampung Parit Tengah menjadi sebuah kampung maju, menarik dan menguntungkan



0 comments:

Post a Comment