Selamat Datang...

Kampung Parit Tengah, Batu 18 Ayer Hitam, 84060 Muar, Johor

Penilaian ADS1M Peringkat Kebangsaan

Kampung Parit Tengah telah mewakili Negeri Johor dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 24 November 2015.

Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa

Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.

Kumpulan Zapin Kencanasari pewaris Zapin Mapom

Kumpulan Zapin Kencana Sari dianggotai seramai 7 orang pemuzik dan seorang penyanyi. Selain irama zapin, kumpulan ini juga memainkan irama asli, melayu dan joget mahu pun inang.

Tanaman kelapa sawit, sumber ekonomi utama

Kawasan tanaman kelapa sawit merupakan kawasan tanaman terbesar di Kampung Parit Tengah dan menjadi sumber ekonomi yang utama bagi penduduk kampung.

"Tempe Crunchy", produk IKS Noor Azmi Food Enterprise

Tempe Crunchy atau kerepek tempe merupakan produk yang kian mendapat sambutan di pasaran hasil keluaran Syarikat Noor Azmi Food Enterprise.

Jenama INSPIRE kian mendapat sambutan

Inspire Clothing merupakan syarikat milik anak muda tempatan iaitu Muhammad Aminurhafiz dan juga Mohd Hanif yang menghasilkan produk jenama mereka sendiri dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai medium utama pemasaran mereka.

Monday 26 October 2015

Postmortem ADS1M peringkat negeri.

Tarikh: 25/10/2015
Terima kasih kepada barisan panel ADS1M yang sudi hadir ke Bilik Gerakan Kampung Parit Tengah untuk sesi postmortem ADS1M yang lalu. Sesi soal jawab yang lebih kepada perbincangan untuk menambah baik persembahan dan persediaan Kampung Parit Tengah untuk menghadapi pertandingan ADS1M peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung pada 22 November 2015. Terima kasih juga kepada para barisan panel ADS1M yang sudi berkongsi pendapat dan juga memberi idea kepada JKKK untuk bertindak lebih drastik sebagai persiapan menjelang penilaian ADS1M peringkat kebangsaan nanti. 






Sambutan Malam Asyura di Masjid Al-Qayyum

Tarikh: 22/10/2015
Aktiviti: Sambutan Malam Asyura
Tempat: Masjid Al-Qayyum






Mesyuarat Majlis Kesyukuran ADS1M

Tarikh: 22/10/2015 

Mesyuarat wakil JKKK yang diwakili Puan Norashikin Pardi bersama Penghulu Mukim Air Hitam, En Afezan Yahya bertujuan mengemaskini aturcara Majlis Kesyukuran ADS1M yang akan diadakan pada 25 Oktober 2015 jam 12.30 petang. Perbincangan lebih kepada aturcara perjalanan majlis dan juga hal berkaitan jamuan kepada VIP dan juga penduduk kampung. DImaklumkan bahawa Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Ramlee Bin Haji A.Rahman dan juga barisan panel ADS1M peringkat negeri akan hadir pada hari tersebut.





Transformasi Bilik Gerakan

Tarikh: 19/10/2015

Alhamdulillah, berkat dari kemenangan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M), bilik gerakan Kampung Parit Tengah telah menerima projek baik pulih sebanyak RM30,000 di atas usaha Penghulu Mukim Air Hitam, En Afezan Yahya dan juga JKKK Kampung Parit Tengah. 

Kos baik pulih merangkumi kerja mengecat semula bangunan bilik gerakan dan tandas awam, 3 biji penghawa dingin dan juga membaiki siling bangunan tersebut. Semoga dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung dan juga bakal panel-panel ADS1M peringkat kebangsaan yang dijangka akan hadir pada 22 November 2015 nanti.









Monday 19 October 2015

Mesyuarat Permulaan Koperasi Kampung Parit Tengah Muar Berhad

Aktiviti: Mesyuarat Permulaan Koperasi Kampung Parit Tengah Muar Berhad.
Tarikh: 18 Oktober 2015








Gotong-royong perdana di Kg Parit Che Mat

Aktiviti: Gotong-royong di sepanjang jalan oleh masyarakat Kg Parit Che Mat
Tarikh: 18/10/2015







Gotong-royong perdana di Kg Parit Ulu Semerah

Aktiviti: Gotong-royong perdana membersihkan kawasan jalan di Kg Parit Ulu Semerah.
Tarikh: 17/10/2015







Program Mesra Jiran sekitar parlimen Bakri: JASA

Aktiviti: Program Mesra Jiran sekitar parlimen Bakri. Serahan bantuan oleh pegawai-pegawai JASA                   kepada keluarga berpendapatan rendah dan warga tua.
Tarikh: 17/10/2015



Majlis Tilawah Al-Quran dan Berzanji PPNJ

Aktiviti: Majlis Tilawah Al-Quran dan Berzanji PPNJ
Tarikh: 17/10/2015
Tempat: Masjid Al-Qayyum





Kelas Silat Gerak Pusaka Jati

Kelas Silat Gerak Pusaka Jati sudah bermula pada hari ini dan akan diteruskan pada setiap hati Jumaat malam Sabtu. Jom anak muda, tunggu apa lagi?






Rombongan JKKK ke Kampung Parit Tengah Sri Merlong Batu Pahat.

Aktiviti: Rombongan JKKK ke Kampung Parit Tengah Sri Merlong Batu Pahat.
Tarikh: 16/10/2015





Sunday 18 October 2015

Tazkirah Maal Hijrah

Aktiviti: Tazkirah Maal Hijrah
Tarikh: 13/10/2015
Penyampai: En. Afezan Yahya (Penghulu Mukim Air Hitam)





Cabaran Kayuhan 40 KM

Aktiviti: Cabaran Kayuhan 40 KM
Tarikh: 12/10/2015




Mesyuarat JKKK dan Ketua-Ketua 10 Buah Rumah bersama Penghulu Mukim Air Hitam dan KEMAS

Aktiviti: Mesyuarat JKKK dan Ketua-Ketua 10 Buah Rumah bersama Penghulu Mukim Air Hitam dan KEMAS
Tarikh: 11/10/2015





Sambutan Hari Sukan Malaysia Peringkat Mukim

Aktiviti: Sambutan Hari Sukan Malaysia peringkat Mukim Air Hitam
Tarikh: 10/10/2015