Zapin Kencana Sari



  
    SEJARAH RINGKAS

  •      Kumpulan zapin ini telah ditubuhkan oleh penduduk asal kampung ini diawal tahun 50-an. Dimana penduduk disini mempelajarinya daripada seorang individu yang bernama Wak Sahib (penduduk di Kampung Sarang Buaya).
  •     Kumpulan zapin ini diwarisi dari generasi ke generasi yang seterusnya di kampung Parit Tengah. Pada tahun 70-an, kumpulan ini dikenali dengan namaSri Budiman dibawah pimpinan Tuan Haji Suradi selaku pemain gambus.
  •    Pada tahun 2005, kumpulan ini melalui satu perubahan kepimpinan dimana Encik Salimi Bin Mohd Shah menjadi pemimpin kumpulan Sri Budiman dan menukar nama kumpulan kepada kumpulan Zapin Kencana Sari.
  •    Kumpulan Zapin Kencana Sari dianggotai seramai 7 orang pemuzik dan seorang penyanyi. Selain irama zapin, kumpulan ini juga memainkan irama asli, melayu dan joget mahu pun inang.
  •     Di bawah kepimpinan yang terkini kumpulan zapin ini banyak menerima undangan di seluruh negara untuk majlis-majlis keramaian korporat dan sebagainya. Antaranya adalah Majlis Maritim Malaysia di KLCC, Sukan Bomba Malaysia di Persada Johor.
  •    Pemimpin kumpulan Zapin Kencana Sari, Encik Salimi Bin Mohd Shah merupakan pewaris/penerus Zapin Mapom Daerah Muar dan telah diiktiraf sebagai jurulatih tarian Zapin Mapom.





AKTIVITI KUMPULAN

1. Kumpulan ini mengadakan bengkel kepada generasi muda dalam permainan alat muzik zapin dan juga tarian zapin seperti Bengkel Pengerak J. Robik Parlimen dan Dun Peringkat Daerah Muar (2005), Bengkel Tarian Zapin Daerah Muar (2007), Bengkel Zapin Daerah Muar (2012) dan Bengkel Zapin Johor (2014)
2. Menyertai Festival Zapin Nusantara II (2008) dan Festival Zapin Nusantara III (2011).
3. Mengadakan persembahan di majlis - majlis rasmi, majlis walimatulurus dan majlis – majlis tempatan.


PENCAPAIAN
  • Mewakili daerah Muar ke Festival Zapin Johor pada tahun 2008/2009, 2010, 2013 dan 2015.
  • Pada tahun 2010, memenangi kategori Persembahan Muzik Terbaik di Festival Zapin Johor.
  • Pada tahun 2009, Zapin di Kampung Parit Tengah ini telah mendapat pengiktirafan daripada Yayasan Wanita Johor (YWJ) sebagai tempat latihan Zapin Mapom melalui penyelidikan yang telah di jalankan oleh Bahagian Pembangunan Yayasan Wanita Johor.
Facebook: Zapin Kencana Sari



0 comments:

Post a Comment