Selamat Datang...

Kampung Parit Tengah, Batu 18 Ayer Hitam, 84060 Muar, Johor

Penilaian ADS1M Peringkat Kebangsaan

Kampung Parit Tengah telah mewakili Negeri Johor dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 24 November 2015.

Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa

Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.

Kumpulan Zapin Kencanasari pewaris Zapin Mapom

Kumpulan Zapin Kencana Sari dianggotai seramai 7 orang pemuzik dan seorang penyanyi. Selain irama zapin, kumpulan ini juga memainkan irama asli, melayu dan joget mahu pun inang.

Tanaman kelapa sawit, sumber ekonomi utama

Kawasan tanaman kelapa sawit merupakan kawasan tanaman terbesar di Kampung Parit Tengah dan menjadi sumber ekonomi yang utama bagi penduduk kampung.

"Tempe Crunchy", produk IKS Noor Azmi Food Enterprise

Tempe Crunchy atau kerepek tempe merupakan produk yang kian mendapat sambutan di pasaran hasil keluaran Syarikat Noor Azmi Food Enterprise.

Jenama INSPIRE kian mendapat sambutan

Inspire Clothing merupakan syarikat milik anak muda tempatan iaitu Muhammad Aminurhafiz dan juga Mohd Hanif yang menghasilkan produk jenama mereka sendiri dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai medium utama pemasaran mereka.

Sunday 13 December 2015

Lawatan Panel-Panel Program Desa Lestari

Tarikh: 9/12/2015
Tempat: Bilik Gerakan JKKK Kg Parit Tengah






Temuduga Program Desa Lestari Abad Ke-21

Tarikh: 8/12/2015
Tempat: Nusajaya

Sesi temuduga dan penilaian bagi pelaksanaan Program Desa Lestari-Desa Abad ke-21 untuk tahun 2016. Alhamdulillah berjalan lancar dan kita berjaya dan terpilih untuk dilawati pada 9/12/2015