Anak Rantau Parit Tengah



Latar Belakang

Anak Rantau Parit Tengah (ARPT) adalah dinamika group facebook Anak-Anak Parit Tengah (AAPT) yang mula bertapak pada tanggal 17 Julai 2010 bersamaan 5 Sya`aban 1431. Perbincangan beberapa individu bersama Ketua Kampong iaitu Tn, Hj Sarman b. Hj. Othman berkaitan aspirasi anak jati Kampung Parit Tengah melalui media sosial tersebut yang ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat. Sokongan padu dan harapan telah diberikan kepada group facebook AAPT ini untuk berganding bahu bersama JKKK Kampung Parit Tengah untuk membangunkan masyarakat.  Ironinya; perbincangan ini membawa satu dimensi baru  kepada JKKK  kampung di mana selama ini tidak pernah mengambilkira peranan anak-anak jati Parit Tengah yang berada di luar masyarakat setempat. Keujudan group facebook AAPT ini telah berjaya mengumpulkan ramai anak jati Kampung Parit Tengah yang telah berhijrah di luar kampung halaman mereka. Silaturrahim bertambah erat, saling bertukar pendapat dan mengemaskini perkembangan semasa yang berlaku di kampong halaman. Hasil daya usaha dan sumbangan wang ringgit AAPT, satu siri Diskusi AAPT yang bertajuk Pendidikan dan Halatuju Kerjaya berjaya dilangsungkan dengan kerjasama JKKK dan RISDA pada 14 oktober 2010. Sehingga kini pelbagai aktiviti kemasyarakatan berjaya dilaksanakan melibatkan warga setempat Kampung Parit Tengah dan AAPT. Kini sesuai dengan kematangan AAPT; ia mengorak langkah menjadi ARPT sebagai satu entiti yang menyumbang secara langsung dalam semua aktiviti JKKK Kampung Parit Tengah. Terkini, Arca ARPT dengan idea dan dana dari sumbangan anak-anak jati Parit Tengah yang berada diperantauan berjaya dibina dan menggamit rasa keguyuban dalam kalangan mereka dan masyarakat setempat.


Visi

Meneraju Wahana Membangun Ummah Kampung Parit Tengah

Misi

1.    Bersama ahli masyarakat merancang, melaksana dan memperkasa aktiviti pembangunan insan berteraskan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat
2.    Bersama ahli masyarakat meneroka, mempelopori dan mengungguli peluang pembangunan ekonomi dan sosial yang sihat dan kondusif
3.    Bersama ahli masyarakat meneraju tadbir urus sistem masyarakat yang lestari dan cekap
4.    Bersama ahli masyarakat bersatu hati menjalani kehidupan dengan berteraskan nilai murni , sejahtera dan penyayang.
5.    Bersama ahli masyarakat mencintai alam sekitar dan gaya hidup sihat

Matlamat

1.    Menjadikan ARPT sebagai urusetia dan perundingcara kepada JKKK Kampung Parit Tengah dalam memperkasa aktiviti pembangunan insan yang berteraskan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat
2.    Menjadikan ARPT sebagai pemudahcara dan membimbing kepada JKKK Kampung Parit Tengah dalam merebut peluang pembangunan ekonomi dan sosial
3.    Menjadikan ARPT berganding bahu bersama JKKK Kampung Parit Tengah dalam membangun tadbir urus masyarakat lestari
4.    Menjadikan APRT sebahagian dari sebuah masyarakat yang bersatu hati dan penyayang
5.    Menjadikan ARPT dan Seluruh warga Kampung Parit Tengah sebagai masyarakat yang mencintai alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup sihat

Peranan
ARPT berperanan sebagai sekretariat yang saling membantu dan bekerjasama bersama JKKK Kampung Parit Tengah dalam semua aktiviti yang dirancangkan, bertindak sebagai suara ketiga yang berperanan sebagai perancang, pelaksana, pemudahcara, perundingcara, khidmat nasihat dan bersama menggembeling tenaga dan usaha demi mencapai matlamat yang ditetapkan.
  
Rumusan

Bersematkan rasa syukur dan tanda terimakasih kepada budi tanah Kampung Parit Tengah, kepada jasa peluh jerih ibubapa, kepada zaman manis kanak-kanak; ARPT dengan rela hati menabur bakti, mencurah tenaga demi Kampung Parit Tengah yang tercinta. Inilah satu-satunya kampung yang kami ada, Tiada duanya.
Kampungku tetap dihatiku




2 comments:

  1. boleh saya tahu tentang sejarah kampung parit tengah?

    ReplyDelete
  2. boleh saya tahu tentang sejarah kampung parit tengah?

    ReplyDelete